Champion League 2015

Lama betul aku x update blog kesayangan nih..bz..bz…bz… a lot of thing to do..malas aka lazy yang paling ketara..so for the 1st posting untuk tahun ni adalah isu semi final Champion League 2015…Dua team feveret aku jumpe sesama sendiri..Barca vs Bayern..adoii…air mata dibuatnyo…semi final satu lagi Juventes vs Real Madrid…kita tunggu kesudahannya pada 5 dan 6 Mei 2015 untuk 1st leg…Respect Pep Guardiola

Champion League Semi Draw

Pertembungan antara…

Semi Final 2015

Hope enjoy nengok semi finals

Advertisements

Corat – Coret Euro 2012 vs Liga M

Euro 2012 telah berlabuh hampir 20 hari…banyak peristiwa yang aku dpt saksikan dalam kejohanan ni..Walau aku x tonton sepenuhnya match group…hanya selected match jer yg aku tonton..tp aku mula x miss tgk match quater final yang melibatkan team kegemaran aku..Germany..Italy dan Spain..Ketiga-tiga team ni mempunyai coral permainan yang berbeza..Itulah salah sebab aku minat team2 tu..Germany dgn corak menyerang dan dibarisi pemain-pemain muda..Italy corak samba dan dibarisi dgn gabungan pemain muda dan lama…serta Spain corak Tiki Taka denga formasi 4-6-0 tanpa striker…Walaupun aku bknlah player bolasepak..tp aku suka tgk..analisa dan membuat rumusan terhadap corak permainan dan team…Tiki Taka..itulah istilah yang baru bagi aku…dengan menggunakan formasi 4-6-0..Vicente dil Bosque telah berjaya menunjukkan kepada dunia bahawa bola sepak dapat dimainkan dengan lebih berseni dan blh membuahkan hasil / kejayaan walau tiada striker / penyerang di dalam sesebuah team..Ini hanyalah pendapat dan pandangan dari aku sebagai seorg peminat bola sepak sahaja..Corak mengusai bola dalam teknik Tiki Taka ini dilihat seolah2 team tersebut tengah berfikir mcm mana nk menyerang dan menghasilkan gol…dari sudut mane..nk dibawa bola masuk ke kawasan pihak lawan…dengan corak permainan ini juga..akan menyebabkan pihak lawan akan lalai dan serangan mengejut akan dpt dilakukan oleh Spain..Walau teruk dikritik dil Bosque tetap mempertahankan corak yang diamalkan..Dibarisi oleh pemain2 terbaik dari Liga Sepanyol seperti :-

Goalkeepers: Iker Casillas (Real Madrid), Jose Reina (Liverpool),   Victor Valdés (Barcelona).

Defenders: Juanfran (Atletico Madrid), Alvaro Arbeloa, Raul Albiol,   Sergio Ramos (Real Madrid), Jordi Alba (Valencia), Gerard Pique (Barcelona),   Javi Martinez (Athletic Bilbao).

Midfielders: Xabi Alonso (Real Madrid), Santiago Cazorla (Malaga), Xavi   Hernandez, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Busquets (all Barcelona).

Forwards: David Silva (Manchester City), Jesus Navas, Alvaro Negredo   (both Sevilla), Fernando Torres, Juan Mata (both Chelsea), Pedro Rodríguez   (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao).

Pemilihan pemain yang dibuat oleh dil Bosque ini memperlihatkan beliau hanya inginkan pemain terbaik sahaja untuk skuad Euro Spain..Majoriti pemain yang dipilih adalah dari Juara La-Liga dan Naib Juara La-Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona..bagi aku ini adalah pemilihan yang adil dibuat oleh seorg jurulatih..Hanya David Silva ( Man City), Juan Mata , Fernandi Torres ( Chelsea ) dan Pepe Reina ( Liverpool ) sahaja pemain dari luar La-Liga..Walaupun dibarisi pemain2 dari pasukan liga tempatan ( La Liga ) namun Sepanyol tetap menunjukkan kecemerlangan sehingga menjadi juara Euro 2012..Tidak seperti pasukan yang mempunyai publisiti seperti seorg artis Hollywood…iaitu The Three Loin ( England )…pencapaiannya hanya setakat pusingan suku akhir sahaj..Indah kabar dari pencapaian sebenar…bagi aku..hanyalah nasib sahaja menyebelahi skuad England..yang hanya mara ke peringkat suku akhir…dibarisi oleh pemain2 yang dikatakan bintang / star seperti Andy Caroll,Wyane Rooney,Frank Lampard dan lain2 lagi tidak menunjukkan prestasi sebenar yang diharap-harapkan oleh peminat..corak permainan yang diterapkan oleh Roy Hodgson,mengejar bola…tektik lama yang masih lagi digunapakai oleh jurulatih berkenaan..tidak menghasilkan hasil..permainan yang membosankan…kalah kepada Italy dengan sepakan penalti…anak2 buah Roy Hodgson bagaikan kehabisan idea pada 90 minit permainan…Perlawanan dikuasai oleh Italy yang di ketua oleh penjaga gol berpengalaman iaitu Buffon…Pirlo selaku pemain yang blh dikatakan senior selepas Buffon bertindak sebagai mastermaind pada pasukan Italy..membuat hantaran2 yang bijak ke arah rakan sepasukan..membuatkan semua pemain England seolah2 tidak bermaya dan bodoh..tidak tahu untuk menyekat kemaraan pasukan Italy..Cuma tiada nasib pasukan Italy untuk menjaringkan gol padang…Mungkin salah satu mengapa pasukan England yang gah pada nama tidak sehebat Pasukan Sepanyol adalah disebabkan oleh liga tempatan..Mengapa aku berpendapat sedemikian…Okey..dalam Liga BPL..terlalu ramai pemain dari luar England menyarung jersi kelab2 yang bermain di liga BPL…Contoh Juara Liga BPL bagi musim 2011-2012..iaitu Manchester City…berapa ramai pemain luar dr England bermain..blh dikatakan lebih separuh pemain adalah pemain import…misalnya..Samir Nasri ( France )..Carlos Tevev,Sergio Aguero,Zabaleta ( Argentina ),David Silva ( Spain ),Eden DZeko ( Bosnia Herzegovina),Mario Balotelli ( Italy) dan ramai lagi lah…So dimanakan England nak membentuk satu pasukan yang mantap dengan formasi yang kemas sekiranya liga utama tempatan dikuasai oleh pemain dari luar??England seolah-olah telah hilang identiti disebabkan oleh penguasaan pemain2 luar dlm kelab2 yang bertanding dlm BPL..pihak pengurusan BPL mungkin hanya mementingkan keuntungan dari mencungkil bakat2 baru dari kalangan pemain tempatan..Tiada formasi yang khusus atau formasi baru yang dapat diterapak oleh pasukan England..Namun disebabkan oleh publisiti yang agak tinggi…BPL seolah2 raja Liga di dunia ini…semua masyarakat dunia memuja BPL..mengagung-agungkan BPL..semua nk jadi pemain Man U…Man City..sumer nk buat friendly dgn kelab2 BPL…bagi aku bodohlah kita sekiranya kita mengagung-agungkan liga yang tidak dpt memberi contoh yang baik…serta yang tidak boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dalam pembangunan bolasepak negara..Berbeza dengan Sepanyol…atau Italy…korang blh tgk brape kerat jer pemain dari luar negara berkenaan bermain dalam La Liga atau Serie A…Publisiti dan populariti pun tidaklah sehebat BPL di England..namun mereka dapat mengeluarkan produk mereka sendiri dengan acuan mereka sendiri yang lagi berkualiti..Misalnya pasukan  Barcelona majoriti pemainnya adalah dari pemain tempatan misalnya ( Victor Valdes , Pique,Fabregas,Puyol,Iniesta,Xabi Hernandez,Tiago Alcantara,Adriano,Pedro dan David Villa )..Real Madrid ( Iker Casillas,Xabi Alonso.Sergio Ramos,Estaban Granero,Alvaro Albeloa,Raul Albiol dan Jose Callejon ).Gabungan antara 2 pemain kelab ini  dan campuran pemain dari kelab2 yang menghuni pertengahan La Liga menjadikan pasukan Sepanyol  gah dipersada dunia..Juara Euro 2008,Juara Piala Dunia 2010 dan Juara Euro 2012..Sama seperti pasukan Italy..pemain2nya tidaklah mempunyai populariti seperti mana pemain2 England..namun semangat dan kehendak yang datang dalam diri masing2 membuatkan pasukan Italy dapat melangkah ke perlawanan final Euro 2012 walaupun tewas kepada Sepanyol..Pemain-pemain Italy juga dipilh dari kalangan pemain2 kelab tempatan seperti dari AC Milan..Juventus..Inter Milan dan lain2 lagi..Italy juga mempunyai identiti corak permainan tersendiri sepertimana Sepanyol..Pemain tempatan yang bermain dalam liga tempatan akan mencorak permainan pasukan negara..sepertimana berlaku kepada Sepanyol dan Italy..

Berbalik kita pula ke Liga M di Malaysia..Liga M kita telah melabuhkan tirainya untuk musin 2011-2012 secara rasminya pada 7 Julai 2012 ( Sabtu ) yang lalu yang mana Kelantan telah dinobatkan sebagai Juara Liga M 2012..Naib Juara pula adalah pasukan jemputan dari selatan tanahair iaitu Spore Lion 12..Manakala Juara Liga Perdana pula diungguli oleh pasukan ATM yang rata2 diwakili oleh pemain yang boleh dianggap veteren pada mata namum pada hakikatnya masih lagi gagah perkasa…Banyak peristiwa suka dan duka berlaku sepanjang Musim 2012 dan yang paling kontroversi adalah hukuman 2 tahun 6 bulan ke atas Tan Sri Anuar Musa selaku Presiden KAFA dan Timbalan Presiden FAM..Hanya kerana memberi sedikit komen yang pada aku amat berguna demi pembangunan bolasepak negara beliau dihukum dengan teruk sekali..Walaupun Kelantan dinobatkan sebagai Juara liga namun hanya segelintir sahaja pemain-pemainnya dipilih untuk menyarung jersi kebangsaan…Hanya Apex yang betul-betul menjadi “permenant” penyarung jersi kebangsaan..namun yang lain2 hanyalah kadang kala dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan..Subra..Rizal Fahmi..Syakir Shaari..Piya..Farhan..Zairul Fitri..Indra…Tiadakah ruang untuk mereka menyarung jersi kebangsaan secara permenant??Dimanakah pemain2 dari Naib Juara Liga M 2011..Terengganu??Hadi Yahya..Ashaari Shamsuddin..Marzuki Yusoff..Joseph Kalang Tie..pada aku mereka juga pemain yang berbakat dan berkaliber??Mengapa pemain dari pasukan yang menghuni pertengahan liga yang mendominasi pasukan kebangsaan…dan yang paling aku pelik..pemain dari pasukan di top 3 bawahan liga juga dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan…bukan seorg saje pemain..sampai 3-4 pemain yang dipanggil..Bagaimanakan cara pemilihan pemain yang dibuat?? Apakah kriteria yang perlu ada pada pemain yang membolehkan seseorg pemain itu berhak menyarung jersi kebangsaan??Ataupun hanya kronin2 sahaja yang akan dibawa “makan angin”keluar negara yang kononnya mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan..Bagi aku..sekiranya tiada perkembangan positif dalam kemajuan pasukan..rombak balik pemain…kalau perlu ambik jurulatih baru..ambik…jgn la dok jaga..dok belai pemain yang sekadar menghabiskan duit rakyat sahaja..Aku salah seorg peminat bolasepak..amat kecewa dgn perkembangan skuad kebangsaan sekarang..Ranking semakin hari semakin jatuh merudum…”Ranking Tidak Penting”..itulah ayat yang paling bodoh aku dengar keluar dari mulut sorg jurulatih yang diwarwarkan hebat…Mengapa Liga Eropah mengenakan negara yang rankingnya  70 ke atas baru dpt bermain di liga mereka?apakah ranking tak perlu??…Kadang-kadang aku sudah muak denga alasan demi alasan yang diberikan oleh pihak tertentu demi menutup kelemahan yang ada…Mengapa kite nk menutup kelemahan kita?? Dalam sukan,kita x perlu malu dengan kelemahan yang ada pada diri..sekiranya ditegur..terimalah secara positif teguran yang diberikan..dengan teguran maka kita akan dapat mengetahui dimanakah kelemahan kita..dan dari situlah kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri..Dengan itu..kita akan dapat memajukan lagi diri kita..pasukan kita…tapi apakan daya..aku hanya boleh menulis di ruangan yang tidak popular ini sahaja…mengeluh…melepaskan ape yang x puas hati…dan segala-galanya lahh..diharap suatu hari nanti pasukan kebangsaan kita akan menjadi pasukan digeruni sepertimana Sepanyol pada masa kini..Sekian..Ariosssssss

Juara Liga Super Malaysia 2012 – Kelantan ( TRW )

 

Juara Euro 2012  – Sepanyol

kredit to google.com

Final Piala Malaysia 2011

 

 

 

Salam…

Lame bebenor aku x menulis kt blog nih..empppphh..malas laa rasanyer..kalau dah ade penyakit malas..x yah citer lahh…bagi la ubat ape pn…memang x mujarab..ari nie aku bersemangat nk menulis blog..bkn ape,sb nak ulas game semalam..N9 vs Ganu di final Piala Malaysia 2011…Johannyaaaa  jatuh kepada….N9..yeaaaaaaa…Game semalam pada pengamatan aku memang dikuasai oleh N9..tp pada awal2 minit permainan..mmg takde luck lah N9 nk score gol…malah..Ganu dulu yg score…tu pun tertanpan oleh bek N9..kalau x memang bola tuh x masuk..walaupun aku nie peminat TRW..tp aku memang suker corak permainan yang ditunjukkan N9..memang best beb…teratur…tersusun..memang ahhh korang juara..memang patut…Tp aku memang respek..perpek..terpek ahh kt Hai-O…ko memang best ahh Hai-O..kt Nogori ko score..main ngan Kelantan pn ko score..ko mmg “The Best” ah….takpe tahun depan aku beli ko Hai-O..ehhehehe…Team Ganu nampak kaku dan x bermaya dlm final smlm…lebih2 lagi ade petanda awal yg menunjukkan Ganu x leh jadi juara..sepakan Manaf terkena palang…disitu dh menunjukkan nasib bakal tidak menyebelahi anda…Kesilapan dan kealpaan keepper Ganu..Sarbenee membolehkan N9 menyamakan kedudukan…nampak sgt ko gementar Sarbenee..pe nie…tunjuk lahh semangat kental ko tuh…per lah..gol bodoo jer masuk..tp second gol oleh Hai-O tu memang 1st class ahh…memang canti…cun melecun masuk..gler beb…melompat aku…hehehhe..sory ekk geng ganu…Tp per2 hal pun Tahniah buat Pasukan N9 kerana menjuari Piala Mesia 2011 walaupn by kontreversi pasai tiket mahai..bengong FAM…korang nk pegi ke Mekah 10 kali setahun ker dgn duit menipu org tuhh weeeehh??? So pade team Ganu Kiter..cube lagi untuk edisi tahun depan…Per pn aku truskan sokongan pada TRW walaupun tersingkir pada suku akhir tahun nie….Cube lgi next year…Gambar akan diupload kemdian..sb aku tgh carik dlm google..x jumpe2 lagi nih…
Full Time
                                                                N9    2                         –         1     Terengganu
                                                         S-Kunalan ,Hai-O                           Ashaari Shamsudin
                                                          

Salam Aidilfitri

Assalamualikum…d kesempatan hari baik bulan baik ini..aku ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan zahir dan batin dari kenkawan yang dihormati dan disayangi sekalian..Sepanjang persahabatan dan perkawanan aku byk buat korang pedih hati..sakit hati..sakit telinga dgn ucapan aku..Moga2 dgn kemaafan yg diberi akan menambahkan lagi keeratan tali persahabatn dan persaudaraan sesama Islam..Yang mana balik kg tuh..pandu biar laju tapi dengan cermat..jgn gopoh2 mcm org nk drift..nanti Ku Djan x leh nk cari makan plak..Ingtlah nyawa kita hanya skali jer Tuhan bagi…ok..Selamat HAri Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

 

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam…

Lame betul aku x menulis dlm blog weh..bz dgn tugas hakiki..malas pn ada..tp yg banyak nyer malas la..x terlewat lg aku nk ucapkan Selamat Berpose kepada umat Islam diseluruh dunia..moga2 segala xtvt yg dilakukan pada bulan yg mulia ini diberkati oleh Allah swt. Kurangkan xtvt yg takde pekdah..buat amalan byk2..sedekah byk2…Oklah..aku pn dh start malas nk menulis ni..So sempurnakan puasa anda tak kira di man anda berada…